Saturday, May 10, 2014

Kehadapan Bang Uddin yang berdarah pahlawan,


          Masihkah kau ingat hari itu? Ketika hujan sedang renyai, dan angin membuai-buai, aku pandang tepat ke dalam mata kau. Dari saat itu, aku tahu ini adalah ketikanya di mana aku jatuh cinta. Jatuh cinta jatuh hati jatuh kasih pada kau buat kali yang entah ke berapa. 

Aku tarik tanganmu, lalu membersihkan darah yang mengalir itu menggunakan hujung selendangku. Aku lapkan perlahan-lahan. Bermacam-macam benda yang sedang aku fikirkan. Aku tahu aku telah mengatakan sesuatu yang salah, aku menyesal ikutkan hati yang marah. Aku mahu meminta maaf, tapi bagaimana? Lidah kelu mencari perkataan yang benar dan tepat. Mata tak dapat nak memberikan sepenuh perhatian, kerna cuba melirik-lirik ke arah kau. Aku rasa hilang. Aku tahan rasa mahu menangis kerana aku tak tahu mahu buat apa, bagaimana...

Aku cuba lagi beranikan diri untuk memandang ke dalam matamu. Kau sedang memerhatikan aku. Kau katakan, "maaf". Aku tunduk sebak. Kerana aku tahu yang salah sebenarnya aku, tapi kau tak pernah marahkan aku. Kau sabar. Kau katakan maaf kerana kau sayang. Kerana kau tak mahu kita berdiam, kerana kau tahu aku tak alah sendiri.

Jadi katakan, bagaimana untuk tak jatuh cinta dengan kau? Orang yang tahu apa yang aku fikirkan, apa yang aku mahukan, tanpa perlu aku bilang beribu berjuta kali. Orang yang menjaga hati aku dengan berjuta daya semampunya. Orang yang menyayangi aku seikhlas cinta. Orang yang cuba memelihara aku seluruh nyawa. Orang yang buat aku rasa seperti dunia lepas, dunia sekarang, dan dunia akan datang adalah aku yang punya. Orang yang buat aku paling bahagia.

Orang yang sama, yang dah lama menjadi raja hati. Orang yang mengajar aku rasa cinta, sabar, dan percaya. Orang yang buat aku yakin dengan "jangan risau, semuanya baik-baik sahaja".



Tuesday, May 6, 2014

Some people


Some people were born without arms and legs, but heart where they keep God inside.

Some people were born without mamma and papa, without siblings, and alone; but believe they've got God by their sides.

Some people were born without shelter, but know that they are shielded by God.

Some people were born without food and drinks, but still feel nourished by God.

Some people were born denied of education, but found their very own creative way to achieve intellectual, moral and social education in the name of God.

Some people were born completely and beautifully from head to toe, with brain and heart. Some people got to spend time with family; feeling the touch of mamma and papa, but then got them taken away--- and blame God. Some people got a house although think that it is not a home, and blame God for that. Some people have meals like a king, but still claim that God has given them nothing and blame him. Some people are well-educated, but so self-centered to believe in God. Some people blame God instead. Some people are so shameful and ungrateful.