Dah lama
aku tak berpuisi
melantangkan sepi
mengapresiasi geri
menghitung hari
menyanyikan mimpi
Dah lama
kepada 'Jam 2 pagi'
aku kongsi emosi
tentang rajuk berahi
dan bunga mewangi
yang silih-berganti
kerana aku pasti
esok, 'Jam 2 pagi'
akan datang lagi
Dah lama
hati ini berhati-hati
tak mahu mementingkan diri.
Postscript : Puisi, dah lama kau bersembunyi.
Puncak Alam,
15 Ogos 2012.
No comments:
Post a Comment