Thursday, September 6, 2012

Cerita


Kata guruku
tiap hari kita harus menulis
sekurangnya satu
cerita tentang aku
tentang dia, tentang dunia,
tentang mencari syurga.
Kadang kutulis tentang cinta
kerana indahnya, kerana rasanya,
kerana merahnya seasli saga.
Ada juga hari dimana
kucuba menulis tentang derita
tapi bagaimana?
Kecewa sudah menutup mata
dan aku tidak mahu
tulisanku menjadi buta.
Maka kubiarkan sahaja,
kusembunyikannya.
Lagi pula,
dari mana harus kumulakan?
Ada cerita yang bermula tanpa kusedari,
ada cerita yang terhenti sendiri.


Senja,
6 September '12.

No comments:

Post a Comment